JAMBORI PENGAKAP KE-30

MRSM SE-MALAYSIA

PERTANDINGAN

Jambori Pengakap pada kali ini telah menyediakan 5 jenis PERTANDINGAN yang boleh disertai oleh semua kontijen yang hadir. Setiap pasukan haruslah mengikuti syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

 

 

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN:

 

 

1. Pertandingan Kawad Tongkat

 

Tarikh : 16 Mac 2019 (Sabtu)

Masa :

0800 – 1000 – Pusingan awal (51 pasukan)

1400 – 1500 – Pusingan akhir (6 pasukan)

Venue : Dataran Kejat (Gelanggang A,B,C,D,E,F)

Bilangan peserta : 10 orang sepasukan (termasuk komander)

Had Masa Pertandingan : 8 minit (tidak merangkumi permeriksaan pakaian)

Pakaian : Seragam Pengakap yang lengkap

 

Syarat & Peraturan:

1. Setiap peserta mesti beruniform Pengakap lengkap tanpa sarung tangan dan membawa tongkat bersaiz (Panjang : 160 cm / Diameter 3.5 cm)

2. Setiap pasukan mesti diwakili oleh 10 orang peserta sahaja (termasuk komander

3. Pertandingan akan mengguna pakai peraturan Skima Kawad Tongkat Pengakap

4. Markah akan ditolak jika uniform tidak lengkap atau terdapat aksesori yang tidak dibenarkan

5. Masa pertandingan yang diberi untuk setiap pasukan ialah tidak melebihi 8 minit (tidak termasuk pemeriksaan pakaian seragam)

6. Pertandingan dijalankan dalam 2 pusingan (saringan & akhir), 6 pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan bertanding semula dalam pusingan akhir untuk memilih 3 pasukan terbaik.

7. Segala peralatan hendaklah disediakan oleh pihak kontinjen masing-masing.

8. Keputusan pengadil adalah muktamad

 

 Pemarkahan:

- Bahasa hukuman : 20%

- Keseragaman : 25%

- Disiplin : 15 %

- Kekemasan : 15%

- Uniform : 25%

- Jumlah : 100%

 

 BAHASA HUKUMAN:

1. Senang Diri

2. Rehatkan diri

3. Baris sedia

4. Pusing ke kiri

5. Pusing ke kanan

6. Menghadap ke belakang

7. Menghadap ke harapan

8. Rusuk tongkat

9. Turun tongkat

10. Sendeng tongkat

11. Bimbit tongkat

12. Julang tongkat

13. Kalih tongkat

14. Baring tongkat

15. Angkat tongkat

16. Buka barisan

17. Tutup barisan

18. Cepat jalan

 

2. Pertandingan Masakan Rimba

 

Tarikh : 16 Mac 2019 (Sabtu)

Masa : 1000 - 1200

Venue : Tapak Kem Zon “B”

Bilangan peserta : 5 orang sepasukan

Had Masa Pertandingan : 120 minit

Pakaian : Seragam Pengakap yang lengkap

 

Syarat & Peraturan:

1. Setiap pasukan mesti melaporkan diri 15 minit sebelum masa pertandingan sebenar. Pasukan yang lewat tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan.

2. Menu masakan yang perlu disediakan adakan seperti berikut :-

2.1 Nasi buluh

2.2 Telur bakar

2.3 Telur dalam kentang

2.4 Roti Lilit

2.5 Ikan Bakar

2.6 Kentang bakar

 

3. Bahan api mesti terdiri daripada bahan semula jadi. Bahan-bahan bantuan lain seperti minyak tanah, sumbu (fire axes),bahan penyala dan kertas tidak dibenarkan.

4. 3 batang mancis akan dibekalkan oleh pihak penganjur untuk menghidupkan api. Markah akan ditolak bagi setiap mancis tambahan yang digunakan.

5. Masa 10 minit diberikan untuk menghidupkan api. Markah menghidupkan api tidak akan diberi selepas 10 minit.

6. Bahan hiasan yang bersesuaian perlu disediakan oleh peserta.

7. Alatan kegunaan memasak perlu disediakan oleh peserta pertandingan seperti parang, gergaji, buluh dan lain-lain. (jika diperlukan)

8. Peralatan memasak seperti periuk, kuali, pinggan mangkuk tidak dibenarkan.

9. Bahan perisa, minyak masak dan semua jenis ramuan makanan segera tidak dibenarkan.

10. Bahan / peralatan: (disediakan oleh kontinjen bertanding)

i) Tepung (500gm)

ii) Kentang (5 biji)

iii) Telur (5 biji)

iv) Kayu Api

v) Beras

 

(disediakan oleh pihak penganjur):

vi) Ikan

vii) Bahan perasa (garam, kunyit, gula)

viii) Buluh

11. Keputusan pengandil adalah muktamad.

 

Pemarkahan:

- Rasa : 20%

- Cara memasak : 20%

- Nyalaan api : 20%

- Kerjasama : 15%

- Kebersihan : 15%

- Hiasan : 10%

- Jumlah : 100%

3. Pertandingan Projek Perintis

 

Tarikh : 16 Mac 2019 (Sabtu)

Masa : 1600 - 1800

Venue : Tapak Kawad

Bilangan peserta : 6 orang sepasukan

Had Masa Pertandingan : 120 minit

Pakaian : Seragam Pengakap yang lengkap

 

Syarat & Peraturan:

1. Setiap pasukan mesti melaporkan diri pada masa yang ditetapkan. 

    Pasukan yang lewat 15 minit melapor tidak akan dibenarkan

    bertanding.

2. Ukuran projek perintis mestilah tinggi minimum 12 kaki.

3. Peserta pertandingan akan diberi masa 120 minit (2 jam) untuk

    menyiapkan salah satu daripada projek perintis berikut :

             3.1 Menara Brynbach atau

             3.2 Menara Hourglass 

4. Hanya tali jut (tali guni) sahaja boleh digunakan untuk membuat model projek perintis. Penggunaan tali lain akan mengurangkan skor markah.

5. Keperluanberikut perlu disediakan sendiri oleh kontijen bertanding:

- Tali Jut

- Gergaji 

- Parang

- Sarung Tangan

5. Buluh - Disediakan oleh pihak penganjur (panjang buluh 10 kaki X 10 batang setiap kontijen). Hanya buluh yang disediakan oleh pihak penganjur boleh digunakan dalam pertandingan. Penambahan buluh luar akan menyebabkan penyertaan pasukan terbatal.

6. Gam, paku dan bahan pelekat tidak dibenarkan

7. Bahan-bahan hiasan perlu disediakan oleh peserta pertandingan.

8. Semasa pertandingan dijalankan, peserta pertandingan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertadingan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.

9. Keputusan pengandil adalah muktamad.

 

Pemarkahan:

- Kreativiti : 25%

- Kestabilan : 30%

- Kekemasan : 20%

- Kesesuaian Ikatan : 15%

- Kerjasama pasukan : 10%

- Kesesuian skala : 10%

Jumlah : 100%

4. Pertandingan Orienteering

 

Tarikh : 17 Mac 2019 (Ahad)

Masa : 0800 – 1200

Venue : Tapak Kawad

Bilangan peserta : 5 orang sepasukan

Had Masa Pertandingan : 120 minit (2 jam)

Pakaian : Pakaian sukan

 

Syarat & Peraturan

1. Setiap pasukan wajib menghantar 2 pasukan mewakili Team A & Team B.

2. Satu pasukan terdiri daripada 5 orang peserta.

3. Giliran pasukan adalah berdasarkan jadual yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

4. Setiap pasukan perlu membawa orienteering compass sendiri.

5. Pemenang ditentukan berdasarkan catatan masa terpantas.

6. Setiap pasukan perlu melalui kesemua check point mengikut urutan yang ditetapkan.

7. Catatan masa akan diambil apabila cukup kesemua ahli pasukan sampai di check point terakhir.

 

 

5. Pertandingan Ikatan & Simpulan

 

 

Tarikh : 16 Mac 2019 (Sabtu)

Masa : 1000 - 1200

Venue : Dewan terbuka

Bilangan peserta : 5 orang sepasukan

Had Masa Pertandingan : 60 minit

Pakaian : Seragam Pengakap yang lengkap

 

Syarat & Peraturan:

1. Setiap pasukan mesti melaporkan diri tepat pada masa yang ditetapkan. Pasukan yang lewat melapor tidak akan dibenarkan bertanding.

2. Peserta wajib memakai pakaian seragam Pengakap yang lengkap semasa pertandingan dilangsungkan.

3. Peserta dikehendaki memberi keterangan untuk setiap ikatan dan simpulan yang dipamerkan. (jika diminta)

4. Tali perlu disediakan oleh pasukan yang mengambil bahagian.

5. Penggunaan gam dan lain-lain pelakat dibenarkan.

6. Mesti mempamerkan tidak kurang 15 jenis ikatan dan simpulan .

7. Semua ikatan dan simpulan yang dihasilkan mesti labelkan dengan betul.

8. Sebarang bentuk rujukan atau buku panduan yang berkaitan dengan simpulan dan ikatan tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan pertandingan.

9. Keputusan pengandil adalah muktamad.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Tali (Paracord / Nylon) atau tali yang sesuai untuk ikatan dan simpulan

2. Papan tapak (mounting board) yang berukuran : 76cm x 51cm

3. Bahan-bahan kemasan

 

Pemarkahan:

- Ketepatan ikatan & simpulan : 35%

- Kekemasan : 25%

- Kreativiti : 25%

- Kerjasama pasukan : 15%

- Bonus (kepantasan dll) : 10%

- Jumlah : 100%

 

Jenis ikatan & simpulan:

1. Buku sila

2. Simpul Manuk

3. Bunga Geti

4. Simpul Pulih

5. Simpul Himpit

6. Ikatan Seraya

7. Simpul Kerusi

8. Tindih Kasih

9. Ikatan Silang Gunting

10. Simpul Abah-abah

11. Tindih Kasih Air

12. Ikatan Pengail

13. Simpul Raga

14. Simpul Serban

15. Ikatan Fillipino